Mesyuarat Jawatankuasa CDO AKNS Bil. 1 Tahun 2023

Tarikh: 2023-08-28

Mesyuarat Jawatankuasa CDO AKNS Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan di Shangri-la Hotel Kota Kinabalu pada 28 Ogos 2023. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan taklimat dan penerangan kepada semua Ketua Pegawai Digital Agensi di seluruh Agensi Kerajaan Negeri Sabah mengenai peranan mereka. Selain itu, perbincangan mengenai isu-isu dan perancangan mengenai Pendigitalan Kerajaan Negeri turut dikongsi dan dibincangkan. Ini termasuklah Taklimat Pembangunan Sistem Aplikasi Generik Agensi, Taklimat Perkongsian Data Terbuka, Taklimat Keselamatan SgCERT, Taklimat Jaringan Internet bagi Kerajaan Negeri, Taklimat Kursus-kursus dan Latihan berkaitan Pendigitalan, serta Taklimat Pengurusan Laman Web Bayu.